Banner

Banner

Monday, 12 May 2014

MRTA vs MLTA

Bila kita berjaya beli rumah tak kisahla samada yang pertama, kedua atau seterusnya secara belian melalui pemaju, sub-sale atau lelongan dengan tujuan duduk sendiri atau untuk disewakan, kita diwajibkan untuk membeli insuran dikenali sebagai Mortgage Life Insurance bertujuan memberi perlindungan ke atas aset yang dimiliki dengan kemudahan kepada peminjam untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman jika berlakunya kematian atau kecederaan dan hilang upaya kekal (Total and Permenant Disibility – TPD) terhadap peminjam sebelum tamat tempoh pinjaman. Ini bagi memastikan keluarga yang ditinggalkan tidak dibebankan dengan pinjaman perumahan yang belum selesai.

Bila bercerita berkenaan insuran ni, dah tentu kita pernah dengar jenis Mortgage Life Insurance yang ditawarkan kepada kita untuk membuat pilihan sama ada nak ambil Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortagage Level Term Assurance (MLTA). Apa yang dimaksudkan dengan MRTA dan MLTA ni dan apa kelebihan serta kebaikan terhadap dua jenis insuran ni? Mana yang lebih cash value pada masa hadapan? Semuanya terletak pada pilihan individu masing-masing untuk menentukannya berdasarkan kewangan semasa yang dimiliki oleh kamu. Ada yang beranggapan bayaran insuran secara bulanan membebankan dan lebih mudah jika bayaran insuran itu dilakukan secara pukul habis kerana tidak perlu memikirkannya dimasa hadapan.

Jadual diatas menerangkan secara ringkas perbezaan di antara MRTA dan MLTA bagi memberi kefahaman yang mudah serta jelas kepada kita semua.

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Di Atas adalah senarai 36 Penyakit Kritikal yang boleh membawa kepada hilang upaya bagi setiap pemegang sijil. Pengesahan dari doktor pakar membolehkan pemegang sijil boleh menuntut Pampasan Penyakit Kritikal serta Contributor Benefit (caruman menjadi percuma dan dibayar oleh Prudential seperti tertakluk di dalam sijil) Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat doktor pakar bagi sesetengah istilah perubatan.

Rider / Manfaat Lengkap

Berikut adalah senarai lengkap setiap rider yang terdapat di dalam satu-satu polisi Takafulink dari PruBSN. Sum Covered di bawah adalah manfaat asas yang MESTI disertakan ke dalam polisi. Manakala yang berikutnya adalah rider-rider yang anda boleh pilih mengikut keperluan anda.

Pastikan rider yang anda pilih sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Perlu diingat bahawa setiap polisi dengan rider yang berlainan adalah berbeza dari segi coverage. Wealth Planner anda akan memberi nasihat untuk pilihan rider berdasarkan keutamaan dan keperluan serta bajet anda.

Anda boleh menambah atau mengurangkan mana-mana rider di dalam polisi anda pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa anda tanpa perlu mengambil polisi yang baru.

Sum Covered
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan dibayar sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Manfaat asas yang mesti ada di dalam setiap polisi.
  • Sebab kematian terdiri dari kematian biasa atau kemalangan.
  • Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Total Permanent Disability
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan dibayar sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat Elaun Tahunan sekiranya disertakan bersama di dalam polisi (rujuk Disability Provider di bawah)

Crisis Shield
  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Jumlah pampasan yang dibayar akan ditolak dari jumlah Sum Covered di atas.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card.
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini tidak akan dibayar bersama Sum Covered di atas.
  • Selepas didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, atau yang mana lebih terdahulu. Untuk mendapat manfaat ini, perlu disertakan bersama manfaat Contributor Benefit di dalam satu polisi tersebut.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
  • Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan

Compassionate Benefit
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
  • Pampasan ini boleh dituntut oleh waris sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

Crisis Cover Plus
  • Manfaat ini akan membayar pampasan untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, sama seperti manfaat Crisis Shield di atas.
  • Pampasan yang dibayar tidak ditolak dari manfaat Sum Covered di atas, berbeza dari manfaat Crisis Shield di atas.
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini akan dibayar bersama pampasan Sum Covered di atas.

Crisis Cover Income
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
  • Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Accidental Death & Disablement
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Pampasan ini akan dibayar bersama jumlah Sum Covered di atas.
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan.
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit ini pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula.
  • Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan yang boleh dituntut untuk tahun itu.

Accidental Medical Reimbursement
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah bil yang telah dibayar dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
  • Pampasan yang dibayar adalah berdasarkan had bagi setiap kes dan BUKAN had bagi setiap tahun.
  • Jumlah yang dibayar adalah berasingan dan TIDAK melibatkan nilai dari medical card anda.
  • Jumlah pampasan yang boleh diambil adalah RM2,000 minimum dan RM10,000 maksimum di dalam satu polisi.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

Weekly Indemnity
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
  • Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
  • Jumlah unit yang boleh diambil adalah sehingga 14 unit berdasarkan Kelas Pekerjaan.
  • Untuk Kelas Pekerjaan 1 dan 2, unit yang boleh diambil adalah maksimum 14 unit manakala untuk Kelas Pekerjaan 3 dan 4, unit yang boleh diambil adalah maksimum 7 unit.

Disability Provider
  • Pampasan ini akan diberikan kepada pemegang polisi apabila didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
  • Jumlah pampasan adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Hospital Benefit
  • Manfaat ini akan dibayar mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
  • Hospital Benefit dikira berdasarkan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan manfaat Medical Cover dalam polisi anda, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Hospital Benefit 5 Unit dan Medical Cover 3 Unit. Jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut mestilah tidak melebihi 8 unit.
  • Manfaat dibayar untuk kemasukan sama ada ke hospital swasta atau hospital kerajaan. Sekiranya bil hospital telah ditanggung oleh pihak syarikat tempat anda bekerja, Hospital Benefit ini masih boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan resit. Hospital Benefit akan dibayar kepada peserta selepas keluar dari hospital.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Medical Cover
  • Manfaat ini menggabungkan 3 Elaun di dalam satu rider iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Hospital Benefit di atas)
  • Elaun ICU - Membayar Elaun Harian selama berada dalam wad ICU. Elaun Harian untuk kemasukan ke ICU akan dibayar sekali ganda.
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan tersebut (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • Setiap quotation yang dibuat akan ditunjukkan dalam bentuk unit. 1 Unit mewakili RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 maksimum bagi setiap procedure pembedahan (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan dibayar berdasarkan kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM125
Level 2 : RM250
Level 3 : RM500
Level 4 : RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500

  • Contoh di atas adalah berdasarkan 1 unit. Jumlah unit maksimum yang boleh diambil ialah 8 unit. Sekiranya dimasukkan bersama Hospital Benefit, jumlah keseluruhannya mestilah 8 unit seperti penerangan di Hospital Benefit di atas.
  • Elaun Bedah maksimum adalah sehingga RM12,500 bagi setiap procedure pembedahan untuk setiap 12 bulan sijil.

Takaful Health
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan sehingga nilai RM1.5 juta.
  • Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN seluruh Malaysia. Anda tidak perlu menggunakan duit sendiri dulu untuk menanggung kos-kos perubatan anda.
  • Sila rujuk di Medical Card.

Takaful Puteri
  • Sebagai rider tambahan untuk pelan Takafulink.
  • Sesuai untuk kaum wanita muda yang merancang untuk mendirikan rumahtangga atau melahirkan anak.
  • Terdiri dari dua pelan
1.   Takaful Puteri
2.   Takaful Puteri Plus

Takaful Saver
  • Takaful Saver adalah satu rider tambahan untuk membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah.
  • 95% dari caruman di Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah berkualiti tinggi.

Contributor Benefit
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Atau dengan maksud lain, caruman peserta akan diganti bayar semula oleh PruBSN. Peserta tidak lagi perlu membayar.
  • Jumlah manfaat yang akan dibayar adalah berdasarkan jumlah caruman tahunan peserta. (Jumlah bulanan didarabkan dengan 12 bulan)
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah :

Parent Contributor
  • Sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent peserta meninggal dunia sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful untuk caruman seterusnya.
  • Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun. Manfaat ini hanya boleh diambil oleh Parent untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun sahaja.

Spouse Contributor
  • Membayar sumbangan tetap Takaful untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia. Caruman akan digantikan oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi 80 tahun.

Takaful Saver Contributor
  • Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.

Takaful Saver Parent Contributor
  • Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.

Takaful Saver Spouse Contributor
  • Membayar sumbangan tetap Takaful Saver untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.

Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa walau atas apa tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun. Anggaran peratus tersebut adalah syarat dari BNM yang boleh ditunjukkan di dalam ilustrasi quotation. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang dipilih.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Pelepasan Cukai
  • Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF sehingga RM6,000.
  • Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.

Pelan Takaful Puteri + Plus


HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!
Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000
Plan 2 = RM100,000
Plan 3 = RM150,000
Nota :
i) Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan
ii) Jadual di atas hanyalah ringkasan sahaja. Untuk keterangan lengkap, sila rujuk Sijil Takaful.

Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.

Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


Pelan PruBSN Takaful Link


Apakah TakafulLink?
TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan insurans Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.
Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh TakafulLink?
Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.

Bagaimanakah Takafu-Link Series berfungsi?
Link Series adalah berdasarkan model wakalah Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. Perlindungan insurans takaful adalah daripada potongan Tabarru' anda yang kami tempatkan dalam Dana Tabarru'.

Jadual Caruman Bulanan

Age
Next Birthday
Monthly
Contribution (*)
Basic
Sum Assured (**)
1 - 30RM100RM20,000
31 - 35RM110RM20,000
36 - 37RM130RM20,000
38 - 40RM140RM20,000
41RM160RM20,000
42RM170RM20,000
43 - 45RM180RM20,000
46 - 49RM200RM10,000
50RM210RM10,000
51RM230RM10,000
52 - 53RM240RM10,000
54RM260RM10,000
55RM270RM10,000
56RM310RM10,000
57RM330RM10,000
58RM340RM10,000
59RM350RM10,000
60RM360RM10,000
 (*) Angka yang ditunjukkan adalah adalah anggaran minima.
(**) Caruman bulanan boleh ditambah untuk mendapatkan ganjaran yang lebih tinggi.
Apakah caj-caj yang terlibat dalam Takafu-Link Series?
Butiran caj wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah



Plan HealthEnrich - Medical Card


Plan HealthEnrich adalah salah satu manfaat pilihan yang sama seperti Takaful Health2 yang mana anda boleh masukkan kedalam polisi asas PruBSN Link Series. Dalam polisi asas juga anda boleh memilih beberapa manfaat lain yang disertakan bersama. Ini adalah contoh Medical Card HealthEnrich.

Di dalam plan HealthEnrich ada 4 pilihan mengikut keperluaan Anda :

PruBSN HealthEnrich VITAL
Plan ini sesuai bagi anda yang baru memasuki alam pekerjaan. Kemungkinan gaji permulaan anda yang rendah membolehkan anda bermula dengan caruman yang rendah.

Di Bawah adalah jadual dari Plan HealthEnrich Vital


PruBSN HealthEnrich SELECT
Plan ini adalah plan pertengahan yang kami cadangkan untuk anda, untuk pilihan yang terbaik anda boleh memilih plan yang mempunyai PERLINDUNGAN PENUH seperti dalam jadual dibawah.  Anda mempunyai pilihan untuk tidak membayar sebarang kos untuk kemasukan ke hospital. Ada beberapa perbezaan antara plan HealthEnrich VITAL diatas terutama untuk perlindungan komplikasi-komplikasi Kehamilan.

Di Bawah adalah jadual dari Plan HealthEnrich SELECT


PruBSN HealthEnrich ADVANCED
Plan ini untuk bajet pertengahan tinggi. Ada beberapa perbezaan antara HealthEnrich VITAL dan SELECT, terutamanya untuk kos perlindungan Permindahan Organ dan juga limit untuk perlindungan Komplikasi-komplikasi Kehamilan sehingga nilai RM10 000.

Di Bawah adalah jadual dari Plan HealthEnrich ADVANCED


PruBSN HealthEnrich PREMIER
Ini ialah plan yang paling tinggi, kepada anda yang mempunyai bajet tinggi dan inginkan kemudahan serta kemudahan yang terbaik, anda boleh memilih plan ini. Dengan plan ini anda tak perlu risau lagi tentang inflasi kos perubatan pada masa akan datang.

Di Bawah adalah jadual dari Plan HealthEnrich PREMIER


Berikut pula adalah Senarai Komplikasi-komplikasi Kehamilan yang ada dalam plan HealthEnrich yang terpilih. Ini ialah yang pertama seumpamanya dalam pasaran hanya dari PruBSN.

Senarai Permindahan Organ dalam plan HealthEnrich yang terpilih.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan plan HealthEnrich ini. Segala persoalan atau untuk dapatkan quotation PERCUMA boleh menghubungi kami.


Pelan PruBSN CrisisCover

Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang polisi dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :

Pemegang Policy : 80%

PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperti yang saya sebutkan di atas.

Berikut adalah ciri Pelan PruBSN Crisis Cover :-

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang polisi juga boleh sertakan dengan manfaat tambahan iaitu:-