Banner

Banner

Saturday, 10 May 2014

Info Terkini


* PruBSN Takaful..

* Binatang pon ada Polisi Insuran..

* Cawangan PruBSN Takaful Berhad Di Taiping.

* PruBSN Navigator, Aplikasi Pintar Untuk Pemegang Polisi PruBSN.


* Apa Akibatnya Bila Tak Bayar Penuh Bil Kad Kredit Anda.
Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.

Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:
PERINGKAT
KADAR FAEDAH
KELAYAKAN
I
13.5% setahun
Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut-turut.
II
16% setahun
Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan.
III
17.5% setahun
Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan.
* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank
Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda. Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:

Babak A:
Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000.
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan.
Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%. Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.

Babak B:
Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000.
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan.
• Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%. Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83

Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star, ramai graduan universiti di Malaysia telah diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.

Kami di iMoney percaya hanya ada satu cara anda boleh elak babak yang parah seperti ini, iaitu dengan membayar bil kad kredit anda! (Petikan Artikel dari iMoney)


* Apa nak jadi ngan Peradaban Manusia Sekarang.....
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update. 

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab. Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit.

* Niat atau Sebab Mengambil Polisi Insuran / Takaful..
"Jatuh Hukum Syirik mengambil Insuran walaupun Takaful apabila Ada niat didalam hati kita sekiranya terjadi sesuatu kepada kita, Isteri & Anak2 akan hidup senang disebabkan kita mengambil polisi insuran". (Bab Tauhid, Rujuk Ceramah UAI)...
Niat yang sepatutnya untuk mengambil Insuran yang melibatkan Pampasan adalah bertujuan untuk membantu keluarga terdekat dari segala musibah yang kita tinggalkan. Contohnya Hutang dan Perbelanjaan (Pendapatan) Isi Keluarga yang kita tinggalkan.. Lihat Semula Niat Anda...
Ini bukan masalah pendapat, Tetapi Hukum...

* Polisi Insuran Takaful Tanpa Medical Card...
Banyak Client saya yang mengambil Polisi Insuran Takaful tanpa Medical Card dengan caruman bulanan sebanyak RM100 sahaja. Ada 3 sebab mengapa dia ambil polisi ini;
1. Tujuan utama untuk Simpanan+Pelaburan+Pampasan.
2. Mempunyai Medical Card CuepacsCare. (Kakitangan Kerajaan)
3. Mempunyai Medical Card yang disediakan oleh Majikan/Syarikat. (Swasta)


Setiap sebab diatas mempunyai perbezaan yang sangat ketara dan perlu difahami oleh Client. Kebiasaannya Client yang mengambil polisi seperti ini adalah bertujuan untuk simpanan+pampasan dimana persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sama ada Kemalangan atau Kematian. Manakala isu kesihatan bagi mereka adalah cerita yang kedua.

Untuk sebab yang pertama, dimana tujuan utama Client ambil polisi Takaful adalah untuk Simpanan+Pelaburan+Pampasan sahaja. Isu kesihatan tidak begitu penting baginya lagipun Hospital Kerajaan ada, jadi tidak perlu mana2 medical card. Ini memang langkah yang bijak cuma tak lengkap dan sangat2 berisiko bila dia berdepan dengan penyakit atau kemalangan yang memerlukan sumber kewangan yang banyak. Contohnya Pembedahan atau Hilang Upaya. Time ni lau nak ambil Medical Card, Jawapan nya BYE, BYE.

Untuk sebab yang kedua, Client adalah kakitangan kerajaan dan telah pun mengambil Medical Card CuepacsCare seisi keluarga. Jadi polisi Takaful ini hanyalah sebagai Backup & Pampasan In Case. Ini langkah yang sangat bijak dan dapat backup kelemahan pada MC CuepacsCare kerana kad tersebut tidak cover sebarang pampasan akibat kematian atau kemalangan serta caruman adalah 100% BURN. Bagusnya MC CuepacsCare ni adalah dia cover seisi keluarga pada harga RM80 sebulan.

Untuk sebab yang ketiga, Client telah pun mempunyai MC yang disediakan oleh Majikan atau Syarikat tempatnya bekerja. Jadi polisi Takaful ini juga sebagai Backup & Pampasan In Case. Ini langkah yang tak berapa selamat. Sebab MC syarikat adalah sangat2 terhad (Cover tertentu) dan hanya cover anda selagi anda bekerja dengan syarikat tersebut. Sure akan mendatangkan masalah dikemudian hari.

Jadi rumusannya adalah pastikan Anda tahu apa pilihan dan hak anda didalam membuat keputusan. Kebiasaan nya saya sebagai Agent akan mengesyorkan polisi yang lengkap bagi memudahkan Anda di kemudian hari.


* Takaful Health 2 Medical Card...
"Memiliki medical card tidak bermaksud kesihatan anda terjamin"
"Memiliki medical card tidak bermaksud anda lebih sihat"
"Memiliki medical card tidak bermaksud anda lebih panjang umur"
Tetapi yang pasti...
Dengan medical card, anda dan keluarga tidak perlu risau dengan kos rawatan yang bakal anda terima & selebihnya kita tetap harus berserah kepada yang Esa.
https://www.facebook.com/pages/Takaful-Insurans-Pru-BSN/734977349899604


*Salam Ramadhan 1435H...

*Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung atau Rugi?

Sebelum kita huraikan Loan ASB ini.
Satu benda anda kena hati hati.. Loan ASB adalah komitment anda dan akan ganggu anda punya CCRIS dan CTOS anda.
Saya juga ingin berkongsi maklumat yang diperoleh dari BTimes new regarding BNM research for Malaysian Family debt distribution
Katakanlah saya ambil total income Suami(RM2,500) & Isteri(RM2,500) = 5,000/monthly. Both Fresh graduate degree holder.
Please plan your financial nicely and smart.


Distribution expenses/perbelanjaan adalah seperti berikut:
  • Housing Financing = 45%(RM2,250)
  • Car Financing = 20%(RM1,000)
  • Personal use = 15%(RM750)
  • Credit card = 5%(RM250)
  • Purchase of securities = 5%(RM250)
  • Others = 10%(RM500)
So anda nilaikan sendiri dimanakah anda sekarang? Rumah perlu untuk berteduh; Kereta perlu untuk bergerak; At the end anda hanya ada 750 jer untuk anda belanja diri anda sendiri,,adakah ini ADIL untuk diri anda yang bertungkus lumus mengerah otak dan keringat hanya untuk sesuap nasi.(750/30 = 62.50 sehari-20-utk setiap dish).Pizza-hut pun tak lepas..

Dengan artikel ini semoga membuka minda/pandangan anda tentang betapa pentingnya pengurusan kewangan terhadap diri anda dan keluarga anda.

Apakah Jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini..?
Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini. Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).


Dari contoh simpanan ASB Loan berjumlah RM 100,000 yang terdiri dari:
  • Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun).
  • Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
————————————————————————————————
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan ==>  – RM 240,000
————————————————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> BANK
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap perkongsian ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.
Terima kasih.

*Kebanyakan alasan diantara kita semua termasuk saya dan terutamanya yang menggunakan ASB Loan adalah untuk mendisplinkan diri mereka untuk menyimpan. Anda juga bersetuju dengan mereka bukan?. Dari pendapat pakar dan kakitangan kewangan, Cara terbaik adalah mendisplinkan diri dengan menggunakan  kemudahan auto debit untuk SAVING. Kaedah ini dinamakan kaedah ‘bootstrap’ dan ramai tidak aware bahawa simpanan yang sebenar bermaksud simpanan yang totally tanpa melibatkan hutang seperti contoh ASB loan ini.

No comments:

Post a Comment