Banner

Banner

Saturday, 10 May 2014

Kriteria Memilih Polisi Medical Card

Masyarakat kini telah menyedari tentang kepentingan dan keperluan  terhadap Medical Card sebagai salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan. Memiliki Medical Card adalah sama pentingnya seperti memiliki Insurans Kenderaan Motor, Insurans Kebakaran Rumah serta MRTA atau Mortgage Reducing Terms Assurance. Yang menjadi perbezaanya, Medical Card tidak diwajibkan oleh pihak Bank kerana mereka tiada kepentingan ke atas diri kita, tetapi berlainan dengan insurans kereta, rumah dan kebakaran rumah, mereka mempunyai kepentingan terhadap harta yang diberi pinjaman oleh mereka.

Jadi, siapa yang berkepentingan terhadap diri kita? Tiada orang lain lagi yang berkepentingan melainkan diri kita sendiri serta orang terdekat, seperti isteri dan anak-anak. Sekiranya kita ditimpa sakit, pastinya isteri dan anak-anak serta simpanan wang kita yang sedia ada terpaksa ‘menanggung’ kos perubatan. Namun, dengan adanya Medical Card, ianya akan tanggung oleh Syarikat Takaful atau Insurans.

Dengan itu, kesedaran ramai tentang penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat sahaja sudah tidak mencukupi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada punca penyakit . Faktor keturunan, racun tersembunyi yang terdapat di dalam bahan mentah, jenis kerja, aktiviti sosial dan persekitaran menyumbang kepada masalah ini. Justeru kita bukan sahaja perlu MENJAGA kesihatan tetapi juga MELINDUNGI kesihatan yang kita miliki agar tiada bebanan terutamanya dari segi kewangan. Kenaikan kos rawatan yang dianggarkan mencecah sehingga 15% setiap tahun juga amat membimbangkan.

Terdapat banyak syarikat insuran atau takaful yang menawarkan medical card pada hari ini dan setiap konsultan syarikat terbabit mendakwa medical card mereka adalah yang terbaik. Bagaimana nak pilih Medical Card yang terbaik?


Saya akan bincangkan secara terperinci tentang dua jenis medical card yang berada di pasaran iaitu “Stand Alone Medical Card” dan “Attachment Rider Medical Card for Investment Link Plan”. Semua manfaat perlindungan untuk kedua-dua jenis kad perubatan ini adalah serupa tetapi tidak sama, iaitu  terdapat beberapa perbezaan daripada sudut tertentu:


Stand Alone Medical Card
Apa yang dimaksudkan standalone Medical Card adalah Medical Card yang diambil tanpa sebarang rider yang lain. Namun begitu, ada juga Standalone Medical Card Plus yang mengandungi rider lain, contohnya sekiranya anda menhidap penyakit kritikal atau total permanent disablement, anda tidak lagi perlu untuk meneruskan pembayaran sumbangan untuk Medical Card Tersebut.

Siapa yang Perlu Memilih “Stand Alone” Medical Card?
1. Orang Yang Mencari Kos  Yang Murah
Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan individu.  Kos sebenar bergantung kepada umur peserta serta pelan yang dipilih. Namun begitu, kos yang murah untuk medical card standalone ini adalah  untuk peringkat permulaan sahaja, kerana setiap 5 tahun kos Medical Card akan bertambah, jadi anda perlu tambah jumlah caruman . Dengan itu, buat perancangan kewangan dan bincang dengan agent takaful berapakah kos sebenar stand alone medical card sehingga anda berumur 80 tahun (saya memilih 80 tahun kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 71 bagi lelaki dan 75 bagi wanita).

2. Anda Telah Mempunyai Polisi Insuran Hayat atau Takaful Tetapi Tiada Medical Card.
Sekiranya anda telah mempunyai polisi Takaful atau Insurans tetapi belum ada perlindungan medical card, anda boleh memilih pelan Stand Alone Medical Card.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui jika anda memilih pelan Stand alone medical card:

  • Jumlah bayaran (sumbangan) anda akan meningkat mengikut julat peningkatan umur anda. Ini kerana faktor risiko; semakin meningkat usia seseorang itu, semakin tinggi risiko mereka. Ini bermakna “murah” itu bersifat sementara (jika itu yang anda harapkan). Anda perlu menganalisa berapa lama anda inginkan perlindungan perubatan ini? Bagi saya, sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan sebagai persediaan perubatan. Justeru anda perlu tahu kos kad perubatan anda seiring peningkatan usia anda terutama selepas anda pencen nanti. Mampukah anda menampung kenaikan kadar bayaran kad perubatan ini nanti?
  • Pastikan pembayaran sumbangan dibuat mengikut waktu yang ditetapkan. Ini kerana kad ini akan automatik mati “lapsed” jika tiada pembayaran dibuat dalam selang masa tertentu (biasanya antara 30-45 hari).
Masalah wujud jika peserta tidak sedar tiada pembayaran dilakukan terutama jika menggunakan khidmat pemotongan akaun atau kad kredit. Jika sijil anda telah luput “lapsed”. Anda perlu isytihar kesihatan anda semula dan sebarang penyakit sedia ada tidak akan dilindungi seperti ketika anda sertai dahulu. Ini amat merugikan malah lagi parah jika penyakit yang anda miliki sudah tidak diterima lagi.


Pelan Attachment Rider Medical Card (ILP)
Pelan Medical Card ini adalah pelan tambahan kepada pelan Takaful jenis pelaburan “Investment Link”. Kelebihan pelan ini adalah ia memiliki mekanisma pelaburan di mana simpanan anda akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan akaun anda memiliki dana untuk menampung setiap kenaikan caj “tabarru” perlindungan perubatan tadi.

Justeru kadar sumbangan anda akan kekal walaupun kos Medical Card meningkat mengikut umur anda. Malah biasanya pelan ini juga jauh lebih murah cajnya “tabarru” berbanding pelan “stand alone”. Di samping itu, peserta juga boleh memilih untuk menambah manfaat perlindungan tambahan di dalam sijil yang sama seperti elaun harian hospital, kemalangan, penyakit kritikal dan sebagainya. Namun jika kewangan anda terhad, memadai jika anda memilih kad perubatan sahaja dulu.

Kesimpulannya jika anda ingin mencari medical card yang terbaik di Malaysia, anda perlu lihat kriteria-kriteria di bawah dan pilih mana yang paling anda perlukan dan sesuai dalam keadaan semasa dan akan datang. Kriteria-kriteria ini saya cadangkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sebagai pemegang polisi insuran juga sebagai agent dalam dunia insurans dan takaful.

1. Jenis Medical Card. Standalone atau ILP ?
Standalone lebih murah manakala ILP ada unsur-unsur pelaburan dan keuntungan
2. Yearly Renewed , Guaranteed Renewed ?
Kalau diperbaharui setiap tahun, adakah ada perubahan terhadap perlindungan atau sumbangan.
3. Limit Perlindungan.
Tahunan dan seumur hidup . Lagi tinggi lagi bagus. Sekarang rata-rata coverage untuk kos bypass jantung melebihi RM50,000.
4. Ko Takaful.
Kalau tak ada lagi bagus. Kalau ada, ada limit tak? Seboleh-bolehnya dapatkan penjelasan terperinci tentang ko takaful atau ko insurans ini. Sesetengah ejen terlupa untuk menceritakan keadaan sebenar.
5. Limit Harian Penginapan untuk Manfaat Perubatan?
Lagi lama lagi bagus. Kebiasaannya rata-rata syarikat takaful menyediakan limit harian yang lebih kurang sama.
6. Rawatan Pesakit Luar.
Ada limit tak untuk sesetengah penyakit? Bagi penyakit seperti kanser dan kegagalan buah pinggang, rawatan pesakit luar dengan limit perubatan yang tinggi sangat diperlukan. Kos mahal gila part yang ni..
7. Prestasi Company Insuran / Takaful tu.
Kalau boleh , dapatkan pandangan mereka-mereka yang pernah membuat tuntutan takaful menggunakan medical card. Jangan dapatkan pandangan seorang je. Kalau boleh 5 orang..
8. Agent tu sendiri.
Agent ni main peranan gak, terutamanya bila kita nak buat tuntutan. Pelanggan memang boleh buat sendiri tatapi kan lebih mudah kalau ada agent yang bantu. Hanya di PruBSN sahaja yang mempunyai sistem ALERT kepada agent dimana agent akan mendapat mesej dari PruBSN mengenai customer yang check-in wad atau hospital atau klinik setiap kali customer menggunakan medical card. So agent takkan tak paham lagi, pi melawat lah kat wad tak pun call tanya khabar.

Berdasarkan dari kriteria diatas, kalau tanya saya, memang saya sarankan anda untuk memilih kad perubatan dari Prudential BSN Takaful lah. Tahu kenapa ? pasal saya juga gunakan medical card nie dan saya atau anda semua mesti nak yang paling mudah, paling cepat, kena pada harga dan paling penting sekali saya nak lebih dari apa yang saya bayar... Tul tak
Pakej dari PruBSN Takaful memenuhi semua kriteria yang saya highlightkan diatas dan saya huraikan dibawah:

Medical Card kategori ILP.
"PruBSN Takaful" Menawarkan kad perubatan sebagai RIDER TAMBAHAN dalam plan ILP (Investment Link Policy). Plan ini terbentuk hasil pelaburan & perlindungan. Dalam jangka masa singkat, anda akan dapati plan ini lebih mahal dari plan jenis standalone ( plan tradisional ). Namun dalam jangka masa panjang, anda boleh menikmati hasil pelaburan yang jauh lebih menguntungkan. Bukankah anda memilih plan takaful demi masa depan ?

Tiada Yearly Renewed.
Oleh sebab kad perubatan ini ditawarkan sebagai rider tambahan dalam ILP, tidak ada istilah yearly renewed. Kerana kad perubatan PruBSN dan polisi hayat dalam 1 kontrak yang sama, Bukan berasingan. Jadi kad perubatan tersebut sah untuk tempoh masa yang panjang (sehingga umur 70 tahun /80 tahun).

Limit Perlindungan Yang Lebih Besar.
Dalam kad perubatan yang ditawarkan PruBSN, anda boleh menikmati limit perlindungan yang lebih besar pada kadar sumbangan yang wajar. Kebanyakan pakej kad perubatan yang ditawarkan di luar sana kini hanya lebih kurang sama dalam menawarkan manfaat yang sedia ada. Walaupun begitu, PruBSN adalah syarikat yang mempunyai pengalaman lebih lama dalam pasaran kad perubatan Takaful.

Pilihan Ko Takaful atau Full Coverage.
Kini peserta boleh memilih pakej yang ditawarkan dengan kemampuan kewangan diri. Anda boleh memilih untuk pakej ko takaful yang lebih murah ataupun pakej full coverage yang lebih selesa. Bahkan anda boleh menaik taraf plan sedia ada sekiranya mempunyai kemampuan kewangan yang lebih pada satu masa nanti

Limit Harian yang Lebih Lama.
Antara plan yang dditawarkan oleh PruBSN ialah limit penginapan harian. Kebanyakan syarikat menawarkan limit yang lebih kurang sama. Kini, PruBSN mengorak langkah ke hadapan dengan menawarkan tiada limit harian untuk penginapan di hospital.

Rawatan Pesakit Luar yang lebih lama & besar.
Kebanyakan plan sedia ada di luar sana, mengehadkan manfaat yang ditawarkan bagi sesetngah penyakit kritikal seperti rawatan dialisis buah pinggang & kanser. 2 jenis penyakit ini memerlukan rawatan yang berpanjangan. Sudah tentu kos perubatan juga tinggi. Di PruBSN, limit perlindungan tertakluk kepada limit tahunan & seumur hidup kad perubatan. Kesimpulannya peserta yang memilih kad perubatan PruBSN boleh menikmati manfaat yang lebih bagi rawatan pesakit luar.

Prestasi Syarikat yang Lebih Kukuh.
PruBSN adalah satu-satunya syarikat pertama yang menawarkan pakej kad perubatan takaful berkait pelaburan. Dengan pengalaman lebih dari 7 tahun mengendalikan urusan berkaitan kad perubatan, kini PruBSN adalah pilihan ramai orang di luar sana termasuk saya sekeluarga.

Agent yang Terbaik.
Setakat ini, Prudential memiliki lebih dari 15 ribu orang agent. Anda boleh pilih siapakah agent yang anda suka. Bahkan anda boleh menukar agent anda dari masa ke semasa jika tidak lagi berpuas hati dengan servis yang diberikan. Saya selaku agent PruBSN Takaful  akan sentiasa membantu dan memberikan khidmat yang terbaik untuk semua pemegang polisi dari PruBSN Takaful terutamanya bakal pelanggan saya. Hanya di PruBSN sahaja yang mempunyai sistem ALERT kepada agent dimana agent akan mendapat mesej dari PruBSN mengenai customer yang check-in wad atau hospital atau klinik setiap kali customer menggunakan medical card. So agent takkan tak paham lagi, pi melawat lah kat wad tak pun call tanya khabar.

Setakat ni la dulu perkongsian saya tentang medical card terbaik di Malaysia. Sebagai pengguna dan ejen bagi "PruBSN Takaful, ini adalah pilihan saya dan keluarga. Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment