Banner

Banner

Saturday 10 May 2014

Polisi Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Akta ini mengetengahkan perihal memproses data peribadi dalam transaksi komersial. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, terma “memproses” “Data Peribadi” dan “Data Peribadi Sensitif” adalah seperti maksud yang tertakluk di dalam Akta.

Bagaimanakah Akta ini Melibatkan Anda?
Prudential BSN Takaful Berhad (“Kami”) komited untuk melindungi privasi Data Peribadi anda yang merangkumi Data Peribadi Sentitif (kolektif, “Data Peribadi”). Polisi  Privasi ini mengutarakan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan undang-undang dan peraturan yang digunakan untuk perlindungan data. Anda tidak diwajibkan untuk memberi Data Peribadi yang diminta di sini, namun jika anda tidak memberikannya, kami tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab kami terhadap anda dan kami mungkin tidak dapat memproses cadangan, transaksi atau untuk tuntutan takaful anda jika anda tidak atau gagal memberi kesemua Data Peribadi yang kami perlukan.

Pengumpulan Data Peribadi
Kami mengumpul Data Peribadi anda melalui pelbagai saluran. Saluran biasa (tetapi tidak terhad) yang kami gunakan adalah apabila:
  • Anda menyerahkan borang cadangan kepada kami untuk tujuan menyertai produk kami.
  • Anda berinteraksi dengan mana-mana wakil kami.
  • Anda memberi maklum balas terhadap permintaan kami untuk mendapatkan Data Peribadi tambahan. 
  • Anda melayari laman web kami dan melakukan transaksi secara dalam talian.
  • Anda berinteraksi dengan pegawai khidmat pelanggan kami.
  • Anda dihubungi oleh, dan memberi maklum balas kepada anggota tele pemasaran kami atau anda menyertai mana-mana peraduan atau promosi kami.

Penggunaan Data Peribadi
Dengan mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami, anda telah bersetuju supaya kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Memproses permohonan anda dan mengesahkan kelayakan anda untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan takaful dan kewangan.
  • Peruntukan dan perancangan takaful, perkhidmatan kewangan atau produk berkaitan.
  • Memproses sebarang pemeriksaan kredit, perubatan, keselamatan dan pengunderaitan serta tuntutan takaful.
  • Memproses arahan pembayaran.
  • Memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda.
  • Memaklumkan anda mengenai produk dan perkhidmatan kami.
  • Memaklumkan anda mengenai kempen dan promosi kami berkaitan dengan perkhidmatan takaful atau kewangan atau produk pengurusan kewangan kami yang berkaitan, serta daripada entiti lain yang mana Prudential plc adalah syarikat induk utama atau sekiranya anda telah memberikan persetujuan khusus kepada kami untuk merangkumi rakan institusi kewangan.
  • statistik dan kajian.
  • Membuat semakan pelan takaful dan analisis keperluan.
  • Sebarang tujuan lain berkaitan dengan penyediaan sebarang produk atau perkhidmatan  untuk anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada pengunderaitan pelan dan perkhidmatan takaful.
  • Sebarang tujuan lain yang kami anggap perlu atau sesuai sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang digunakan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada tujuan pematuhanan syarat sebarang pihak berkuasa kerajaan atau penguasa peraturan, atau mahkamah perundangan yang mempunyai bidang kuasa kompeten.
Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
  • Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda dengan sengaja kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan izin anda terlebih dulu, melainkan dalam keadaan berikut:
  • Pendedahan Data Peribadi untuk tujuan dinyatakan dalam perenggan 2 di atas – Bagaimana Akta ini Melibatkan Anda?.
  • Pendedahan Data Peribadi kepada penyedia perkhidmatan luar yang menyediakan sokongan atau khidmat profesional kepada kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkhidmatan pengehosan laman web atau e-mel, perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan perundingan keselamatan data, perkhidmatan pemasaran dan promosi, analisis data, perkhidmatan perundangan, perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan berkaitan cukai, perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan data.
  • Pendedahan Data Peribadi berkaitan dengan pengstrukturan atau penyusunan semula korporat termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggabungan, pemerolehan, penyahlaburan, pengukuhan, penyatuan, usaha sama, pembentukan perkongsian, pembubaran sukarela dan pengambilalihan.
  • Atau di mana pendedahan Data Peribadi kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan adalah perlu untuk melindungi kepentingan, hak, harta atau privasi kami dan/atau pegawai, pekerja, ejen atau sekutu kami.
Untuk mengelak sebarang keraguan, kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau sekutu kami berdasarkan jika perlu tahu sahaja atau sebarang tujuan dinyatakan dalam perenggan 2 di atas – Bagaimanakah akta ini Melibatkan Anda?, tanpa mendapatkan izin anda terlebih dulu.

Hak Penyimpanan
Kami berhak untuk mempelbagaikan atau meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dan atas budi bicara semata-mata dan sepenuhnya bagi memastikan Polisi Privasi ini konsisten dengan perkembangan kami pada masa depan, trend industri dan/atau sebarang perubahan dalam keperluan perundangan atau peraturan.

Apabila anda mengakses halaman ini, maklumat teknikal tanpa nama mungkin dikumpulkan mengenai aktiviti anda pada halaman itu (contohnya, alamat IP anda, waktu dan tarikh anda mengakses laman tersebut, maklumat berkaitan dengan pelayar dan sistem pengendalian, laman-laman dilawati, dll). Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga.

Kami tidak mempunyai kawalan terhadap kandungan laman web pihak ketiga berkenaan atau cara laman web berkenaan mengendalikan Data Peribadi anda. Anda wajar menyemak semula polisi privasi yang digunakan untuk laman web pihak ketiga berkenaan bagi memahami cara pihak ketiga terbabit mungkin menggunakan Data Peribadi anda.

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana dirasakan perlu untuk mencapai tujuan ia dikumpulkan dan mematuhi keperluan perundangan. Jika kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan, kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan atau melupuskan Data Peribadi anda secara selamat.

Anda mempunyai hak untuk melihat maklumat peribadi anda yang kami miliki, dan memperbetulkannya jika salah. Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami di 03 2053 7188 atau hantarkan e-mel ke customer@prubsn.com.my jika anda ingin berbuat demikian atau mempunyai pertanyaan atau aduan berhubung Data Peribadi anda.

No comments:

Post a Comment