1) Adakah Insurans hukumnya HARAM di dalam ISLAM ?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.
2) Apa dia Takafulink ?
Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.
-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan
Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan). Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.
Terdapat 3 dana utama
- Dana Ekuiti
- Dana Urus
- Dana Aman
Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.
Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.
Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.
2) Apa dia Takafulink ?
Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.
-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan
Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan). Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.
Terdapat 3 dana utama
- Dana Ekuiti
- Dana Urus
- Dana Aman
Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.
Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.
Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?
Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah
yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga
mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat
dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah. Sila rujuk artikel “Takaful“
3) Banyak kes penipuan dalam Insurans & Takaful ?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan Syarikat Insurans kerana setiap Syarikat Insurans di Malaysia dipantau oleh Bank Negara dan badan-badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen atau pemegang polisi itu sendiri. Sebenarnya adalah satu kesalahan dari segi undang2 Malaysia, jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara2 penting sebelum anda sign borang daftar insuran.
4) Company Insurans (Takaful) mana paling murah(Caruman) & terbaik ?
Tidak Ada. Pada pandangan saya, Semua Syarikat Insurans di Malaysia adalah sama. Kalu beza pun, dalam RM1-2 Ringgit sahaja kerana semua syarikat insurans di Malaysia adalah dibawah satu bumbung dan dikawalselia oleh Bank Negara. Tetapi yang membezakan harga polisi insuran adalah PELAN atau PAKEJ. Begitu juga dengan Syarikat Insurans seperti PruBSN Takaful yang membezakan syarikat ini dengan syarikat insurans yang lain adalah PruBSN lebih Efektif, Pantas dan User-Friendly terhadap pemegang polisinya.
5) Apa Pelan Insurans (Takaful) Terbaik yang boleh dibeli ?
Tidak Ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda atau pemegang polisi. Pemilihan pelan perlu bergantung kepada keperluan, kesesuaian dan kemampuan anda atau pemegang polisi dimana ianya perlu difokuskan sama ada kepada Perlindungan Kewangan, Perlindungan Kemalangan, Kad Perubatan, Simpanan dan juga Pelaburan (Jangka Masa Panjang). Pelan akan dinilai dengan kehendak anda serta bajat anda. Ini yang sepatutnya Anda fahami dan sebagai Agen insurans perlu menjadi penasihat kepada anda sebelum anda memilih pelan tersebut.
6) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?
Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan
manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan
serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah
berbeza mengikut faktor-faktor berikut :
- Jumlah manfaat yang di ambil
- Umur
- Jantina
- Pekerjaan
- Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan
mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan jumlah
sumbangan yang sesuai untuk anda, sila dapatkan Quotation Percuma .
7) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?
Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah
berikut :
i. Kad Kredit
ii. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit).
Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
- Maybank
- CIMB Bank
- RHB Bank
- Bank Simpanan Nasional
- Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
- Melalui internet – Maybank2u
- Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
- Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek
8) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari
akaun?
Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa
sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM4,000. Contohnya, apabila
nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai
sebanyak maksima RM6,000. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential BSN, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.
9) Apakah kegunaan Kad Perubatan?
Kad perubatan merupakan manfaat tambahan yang boleh di
sertakana bersama-sama pelan Takaful keluarga Takafulink. Ini bertujuan bagi
membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan
(Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat
pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.
10) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana
Hospital?
Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di
Hospital-hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau
hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat
kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen).
11) Kenapakah tuntutan saya di tolak? Nak beli mudah, Nak Claim Susah ?
Setiap Claim yang ditolak ada sebabnya kerana setiap REJECTED claim mempunyai CODE LIAM tercatat padanya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tuntutan anda di
tolak oleh syarikat. Sila rujuk artikel “Masalah Claim Insurans“. Jika anda tak puas hati, anda boleh buat aduan ke Financial
Mediation Bureau atau Unit Aduan Insurans di Bank Negara dan terangkan
butiran kes anda semula. Kalau gagal jugak, last option, boleh masuk court, jika anda
masih yakin anda boleh menang kes.
12) Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?
Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen
adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang
memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada
ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb)
dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil
dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa
“discharge” adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak
pelanggan. Sila rujuk artikel “Syarat Tuntut Pampasan.”
13) Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan
(Claim) ?
Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen
seperti berikut :
i) Tuntutan Bil Perubatan
- Laporan perubatan dari pihak hospital
- Resit Asal
- Itemised Bill
- Borang tuntutan
ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan
- Laporan perubatan dari pihak hospital
- Itemised Bill
- Borang tuntutan
iii) Tuntutan Kematian
- Laporan pihak hospital
- Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
- Laporan port-mortem (jika berkenaan)
- Sijil Takaful
- Borang tuntutan
14) Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan
sesuatu tuntutan ?
Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti
yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi
mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin
memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh
masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan
telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 14 hari bekerja bagi memproses
tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi
mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.
15) Insurans Hayat /Nyawa/ Takaful & Medical Card tak wajib, lainlah insurans kereta!
Sebenarnya insurans kereta juga Tidak Wajib, tapi kita ambil juga. Kenapa? Yang diwajibkan oleh JPJ sebenarnya adalah insurans Third Party bagi melindungi kerugian yang dialami oleh pihak ketiga (orang lain) akibat pemanduan kenderaan anda. Insurans kereta yang comprehensive, sebenarnya hanyalah satu pilihan optional bagi mereka yang ingin melindungi kerugian yang berlaku ke atas kenderaan mereka dan tuntutan kerugian dari pihak ketiga. Kereta sendiri rosak, Anda boleh nampak kerugian dan masalah kewangan yang akan anda hadapi.
15) Insurans Hayat /Nyawa/ Takaful & Medical Card tak wajib, lainlah insurans kereta!
Sebenarnya insurans kereta juga Tidak Wajib, tapi kita ambil juga. Kenapa? Yang diwajibkan oleh JPJ sebenarnya adalah insurans Third Party bagi melindungi kerugian yang dialami oleh pihak ketiga (orang lain) akibat pemanduan kenderaan anda. Insurans kereta yang comprehensive, sebenarnya hanyalah satu pilihan optional bagi mereka yang ingin melindungi kerugian yang berlaku ke atas kenderaan mereka dan tuntutan kerugian dari pihak ketiga. Kereta sendiri rosak, Anda boleh nampak kerugian dan masalah kewangan yang akan anda hadapi.
Tapi kesan bencana kewangan ke atas kebajikan dan masa depan
keluarga anda sendiri, anda tak boleh nak nampak. Kalau Kenderaan Anda boleh
dilindungi secara keseluruhannya (walaupun sekadar pilihan optional), kenapa
sumber income & kebajikan diri anda sekeluarga tak perlu diinsuranskan? Pelan
Insurans Takaful lah yang boleh menjamin keperluan harian keluarga anda dapat
dipenuhi nanti.
16) Bagaimana nak buat tuntutan insurans kemalangan peribadi?
16) Bagaimana nak buat tuntutan insurans kemalangan peribadi?
Membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda boleh jadi satu proses yang mengecewakan jika anda tak sediakan perkara yang diperlukan, atau jika anda tak biasa dengan prosedurnya. Anda dinasihatkan ambil tahu tentang sekurang-kurangnya tuntutan kematian dan kecederaan. Tetapi semua ini boleh jadi mudah dengan bantuan Ajen Insuran Anda yang uruskan.
Dalam kes kecederaan yang dilindungi oleh polisi anda, anda perlu beritahu syarikat insurans anda dan mendapatkan borang tuntutan. Isi borang tersebut dan kepilkan laporan perubatan yang diperlukan, bil dan lain-lain dokumen berkenaan kecederaan anda. Ingatlah bahawa masa adalah penting, jika satu tempoh masa telah berlalu dalam membuat tuntutan anda, ini juga akan menyusahkan anda. Jadi awaslah dengan syarat-syarat polisi berkenaan dengan tempoh masa dan lain-lain syarat.
Untuk meneruskan tuntutan kematian, penting anda serahkan laporan polis dan segala dokumen berkenaan kepada syarikat insurans. Juga, borang tuntutan perlu diisi berserta dengan dokumen yang diperlukan (dalam hal ini sijil kematian). Penting bagi orang yang kemukakan dokumen-dokumen ini buat perkiraan segera untuk mengelakkan tuntutan ditolak atau bertangguh.
No comments:
Post a Comment