Banner

Banner

Tuesday 6 May 2014

Tempoh Medical Card

Bila Medical Card anda boleh mula guna?

Semua Medical Card yang ada di pasaran mempunyai tempoh menunggu masing-masing. Ada yang kena tunggu 6 bulan baru boleh pakai Medical Card tersebut. Ada juga yang kena tunggu sehingga 12 bulan baru valid.

Imej dibawah menunjukkan tempoh menunggu untuk penggunaan Medical Card dari PruBSN.

Penerangan
1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.


2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.


3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan.


4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.



Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

No comments:

Post a Comment