Banner

Banner

Saturday, 10 May 2014

Pelan Takaful HEALTH2 - Medical Card

KAMI MEMBERI GANJARAN DAN SEKARANG DAPATKAN LEBIH MANFAAT UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDA

Pelan Takaful Health 2 adalah penambahbaikan dari Pelan Takaful Health yang lama. Kini pelan medical card dari Prudential BSN Takaful Berhad telah memasuki generasi ke tiga selepas Pelan Major Medical Cover (MMC) dan Pelan Takaful Health.

Dengan Pelan Takaful Health 2, kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat. Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk anda.

Memandangkan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju dan kemudahan-kemudahan yang dinaik taraf, kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.

Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan pilihan untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang paling komprehensif. Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal kesihatan anda.

Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK

Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN (NCB)
Kami memberi anda bonus tahunan sehingga RM700 (termasuk Pelan Auto Upgrade) sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya. Ianya berbaloi untuk kekal sihat!

Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga. Prudential telah mendahului dalam inovasi produk berasaskan NCB!

Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.

Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
Nikmati manfaat bilik & penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat bilik kami bermula dari RM150 hingga RM600 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai dari RM50,000 hingga RM150,000 yang paling tinggi. Anda boleh lihat jadual di bawah dengan Had Seumur Hidup dari RM500,000 hingga RM1,500,000

Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000, yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya – semasa zaman persaraan anda. Anda boleh ke link Ko-Takaful dan Deduktibel untuk penerangan yang lebih detail.

Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi pilihan perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100.

LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.

Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya?
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan UNTUK KESEMUA PELAN
TH Annual Limit Waiver kini dibuka kepada kesemua pelan Takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan TH Annual Limit Waiver pada mana-mana pelan Takaful Health2 dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga.

Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%.

Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan Takaful Health2 anda akan naik taraf secara automatik pada ulang tahun ke 5 dan ke 10.

NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi.
Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali ganda TANPA mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.

  • Pembedahan berkaitan dengan kanser
  • Neurosurgeri
  • Pembedahan pintasan arteri koronari
  • Pembedahan injap jantung
  • Pemindahan organ (Pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pankreas dan sumsum tulang)

Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?
Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaat-manfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.

Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan TH Overseas kepada pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisi-kondisi berikut :

Untuk kondisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan di Malaysia dan bukan di luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap kemasukan bagi setiap pembedahan. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas.

Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukan berkali-kali bagi pembedahan kondisi yang dilindungi di Malaysia, dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.

Dengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China dan India.

No comments:

Post a Comment