Banner

Banner

Thursday, 8 May 2014

PruBSN Link Series


Prudential BSN Takaful Berhad telah melancarkan produk baru. PruBSN Link Series telah menggabungkan semua menjadi satu pelan. Mudah untuk bakal pelanggan membuat pilihan.

Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan,  anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan.

Dengan PruBSN Link Series, anda boleh membina pelan keseluruhan hidup anda yang dapat menampung keperluan dan keutamaan anda yang berubah, supaya anda dan yang tersayang dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, walaupun apa saja kemungkinan berlaku. Tiga langkah mudah ini akan memberi panduan kepada anda dalam mengenal pasti aras perlindungan dan simpanan sesuai yang anda perlukan buat masa kini dan untuk masa hadapan. Tambahan lagi, anda boleh memilih untuk mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan unik kami, yang direka untuk melengkapi keperluan anda yang meningkat. Keperluan kebanyakan dari kita tidak sama semuanya.

PruBSN Link Series telah membahagikan kepada 3 kategori bakal pelanggan.
  • "PruBSN SmartLink"Kategori yang pertama dari umur 1 tahun hingga 18 tahun. 
  • "PruBSN FirstLink" Kategori kedua dari umur 19 tahun sehingga 25 tahun. 
  • "PruBSN TakafulLink" Ketegori ketiga dari umur 26 tahun hingga 80 atau 100 tahun. 
Setiap pelan di atas mempunyai kelebihan yang tersendiri.

PruBSN Link Series adalah sebuah pelan perlindungan yang terbaik kerana merangkumi;
  • Komprehensif ‘Investment Link’ pelan dengan 30 Riders (Manfaat).
  • Pelan Takaful yang Pertama untuk Remaja atau Belia – PruBSN FirstLink
  • Bonus Loyalti, Bonus EduSmart, Bonus AchiveFirst, Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB)
  • Perlindungan Perubatan Komprehensif
  • Fleksibiliti dengan pilihan pada umur tamat tempoh (expiry age)
  • Had perlindungan yang lebih tinggi.
Apakah manfaat lazim PruBSN Link Series?

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?
Sumbangan perlindungan bulanan minimum untuk PruBSN SmartLink ialah RM50 manakala untuk PruBSN FirstLink dan PruBSN TakafulLink ialah RM100. Walau bagaimanapun, amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada yang berikut:
  • Umur anda
  • Amaun perlindungan anda
  • Umur kematangan yang anda pilih
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Perkerjaan anda (jika berkenaan)
Contoh Jadual Sumbangan :

Bagaimanakah PruBSN Link Series berfungsi?
PruBSN Link Series adalah berdasarkan model Wakalh Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kamu sediakan. Perlindungan takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda yang kami tempatkan dalam Dana Tabarru’

Bagaimanakah harus saya melaburkan dana saya?
Kami memberikan anda kebebasan untuk meguruskan dana pelaburan anda mengikut toleransi risiko anda. Anda boleh melabur secara berkala melalui Takaful Saver atau melakukan Penambahan Sumbangan Tunggal pada bila-bila masa anda ingin berbuat demikian. Pelaburan anda akan disalurkan ke dalam 4 dana pelaburan di bawah bergantung pada selera risiko anda.
Semua dana Takafulink dilaburkan dalam saham dan sekuriti yang diluluskan Syariah.

Cara Memohon Pelan :
Permohonan dibawah Pelan PruBSN Link Series adalah secara automatik, Anda tidak boleh memilih kerana Ianya adalah berdasarkan kepada umur pemohon atau orang yang diinsurankan. (ANB atau Age Next Birthday atau tarikh hari jadi akan datang)

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh hubungi atau sms saya; Rizuan: 013-3065916 / 013-4004128 email riz.takaful@gmail.com atau hantar kan request for quotation pada menu di sebelah kanan blog saya.


Gambaran lebih jelas saya terangkan di bawah ini..

1. Belia

Young Adult
Pada peringkat ini, kalau ikutkan senario sekarang, ramai yang dibebani dengan hutang belajar dari PTPTN. Jadi, biasanya matlamat utama mereka adakah untuk langsaikan hutang secepat mungkin. Tapi, perlu diingat jugak simpanan perlu juga dibuat antara sebab utama : 

1. Nak beli kereta : Kita perlukan downpayment + premium insurance kereta. Walau pun sekarang ni banyak yang offer "0" downpayment, tapi, kena ingat, long term, interest yang dikenakan menyebabkan kita lebih rugi. Jadi, baik simpan duit sikit2 untuk kumpul downpayment

2. Nak beli rumah : Yang ini pun perlukan downpayment. Dan juga kos2 lain seperti legal fee, stamping duty fee, Memorandum of Transfer (MOT) fee dan macam2 lagi. Jadi, nak tak nak kita perlu simpan.

3. Nak kahwin : Yang nie kalau lambat2, pada saya rugi la...:D. So, kena kumpul duit beb, takkan dulu belajar mak ayah tanggung, sampai masa nak tanggung anak orang, mak ayah tanggung jugak (utk yang lelaki)...utk yang perempuan..saya rasa sama je, takkan nak semua pakai duit parent. Kecuali le parent mmg taikun besar...:D

Jadi, ketiga-toga simpanan di atas adalah untuk jangka pendek. Jadi, kenapa pula kita perlukan Plan PruBSN Firstlink?

Mudah saja....sekarang nie, kita nak kumpul duit untuk jangka pendek, tapi, bila kita kumpul, kita masih terdedah dari RISIKO KEWANGAN iaitu Lumpuh Kekal Keseluruhan sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan serta risiko mengidap sakit kritikal. Jika risiko ini berlaku sudah tentu kita memerlukan rawatan segera, bagaimana kita urus kewangan kita? Adakah kita sanggup mengeluarkan duit yang kita kumpul sedikit demi sedikit untuk tujuan jangka pendek (beli rumah, beli kereta atau berkahwin) dihabiskan untuk bayar bill hospital?...

Jadi, pada peringkat ini, kena focus beberapa perkara penting :

1. Penggantian pendapatan (kalau lumpuh, dapat lump sum duit)...untuk kos sara hidup.

2. Medical Card (kalau amik yang basic pun tak per, tak payah tinggi2 sangat)..so, kalau memerlukan rawatan, tak payah nak keluarkan duit saving. Kalau cerdik, siap boleh dapat extra duit (sebab plan pruBSN Link Series nie ada disertakan dengan manfaat  elaun hospital)...kalau masuk wad sehari dapat RM 400...kalau 10 hari?..dah RM 4,000. Bill hospital dah dibayar oleh medical card...Yang ini nak amik yang basic pun boleh (murah) atau yang komprehensif, mahal sikit tapi berbaloi....

Jadi, plan PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

A. Bonus AchieveFirst, 
B. Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus) dan 
C. Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.

A. Bonus AchieveFirst
- Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai perkara2 berikut. 

a. Membeli rumah pertama
b. Menunaikan ibadah Haji
c. Berkahwin
d. Menunaikan ibadah Umrah
e. Apabila anak anda dilahirkan
f. Menerima Ijazah pasca Siswazah
Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

So, kalau anda ada mencapai salah satu dari yang disenaraikan di atas nie..bolehlah membuat tuntutan kepada Saya, atau terus ke mana2 cawangan Prudential / PruBSN Takaful.


2. Baru Berkeluarga dan 3. Keluarga yang Berkembang
Young and Growing Family
Apabila kita melangkah ke alam rumah tangga, jawap suami sebagai ketua keluarga menjadi lebih besar. Selain bekerja untuk diri sendiri, suami juga bekerja untuk menyara isteri dan tanggungan yang lain. Sekiranya ada anak, tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar.

Terdapat 2 kombinasi plan untuk individu yang sudah mempunyai keluarga.

a. PruBSN TakafuLink
b. PruBSN SmartLink (untuk pelan pendidikan anak)

a. PruBSN TakafuLink

Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan yang Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil rider. Sebab apa rider? Sebab manfaat tersebut perlu diambil dengan manfaat asas (Mati atau Lumpuh)...tak boleh nak amik manfaat tersebut sahaja.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink nie terbahagi kepada 5 bahagian utama.

1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
3. Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
4. Kad perubatan (yang digunakan untuk membayar bil2 hospital secara online)
5. Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

Secara konsep asasnya, manfaat no. 1 dan no. 5 adalah wajib diambil. Manfaat 2,3,4 adalah pilihan (maksudnya, nak amik pun boleh, tak nak amik pun boleh)

Sebagai contoh : 

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat kematian sahaja, tanpa ada sebarang simpanan, maka ini tidak boleh dilakukan, sebab...mahu tidak mahu, simpanan tetap akan ada dalam account pelaburan anda. 

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat medical card sahaja, so, jawapannya, plan ini tak boleh buat macam tu. Sebab, basic minimum manfaat kematian RM 10,000 mesti diambil dan simpanan ada automatik akan dimasukkan ke dalam investment unit account client.


b. PruBSN SmartLink (Pelan pendidikan untuk anak)

Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut. 

Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....

Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2....

Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.

Antaranya adalah...

1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.

Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.

2- Anugerah kecemerlangan

Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan.


3. Pesara
Retirees

Akhir sekali adalah pelan persaraan. Apabila sudah bersara, perkara penting yang kita kena fikirkan adalah pelan perubatan atau tabung perubatan. Sebab apa? sebab masa tu, umur dan meningkat, risiko penyakit semakin tinggi dan kos rawatan pada masa akan datang semakin meningkat. Jadi, kalau kita tak sediakan dari awal, sekiranya kita memerlukan dana untuk perubatan, kita akan gunakan simpanan persaraan kita (EPF atau Tabung Haji)....sedangkan sepatutnya digunakan untuk belanja kehidupan kita. Sebab masa tu dah tak kerja, so, income dah takde.

Selain itu, untuk pelan persaraan, kita juga memerlukan simpanan yang agak stabil. Jadi, kalau umur kita utk bersara kurang dari 10 tahun, dicadangkan untuk letakkan pelaburan di dalam dana Bon atau dana Urus. Kalau letak kat equity, takut kalau market drop, tak sempat nak recover...

No comments:

Post a Comment