Ko Takaful
Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran
untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN, pelanggan akan menanggung sebahagian
dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada
jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.
Min. RM300 |
10% | RM1,000 Max.
Tahukah anda bahawa semua syarikat insurans atau takaful di
Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara
bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza.
Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical
card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.
Dan tahukah anda bahawa Prudential lah syarikat insurans di
Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang BETUL-BETUL tidak mempunyai
ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku
penyalahgunaan itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah pilihan syarat
yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk para pelanggan yang memohon
plan Prudential diawal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak
perlu membayar ko-insurans langsung!
Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful dan pelanggan itu
boleh dengan sesuka hati pergi menginap di mana-mana hospital lebih-lebih lagi
jika pelanggan tersebut kenal rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat
macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah
menginap di hotel.
Kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke
atas pelanggan
Kes 1 : Kasim masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan
RM 4,000.00. Kasim perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful =
RM400.00. Hospital Benefit untuk Kasim sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00
akan dibayar selepas 3 minggu Kasim keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM 4000.00
Ko-Takaful = RM 400.00
Hospital Benefit = RM 1,000.00
Nota : Untuk kes 1 di atas Kasim tidak rugi malah masih
untung lebihan yang ditolak dari Hospital Benefit iaitu sebanyak RM600.00
Kes 2 : Rambo masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan
RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Rambo hanya
perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab ter takluk pada kos maksimum RM
1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00
akan dibayar selepas 3 minggu Rambo keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM 20,000.00
Ko-Takaful = RM 1,000.00
Hospital Benefit = RM 2,000.00
Nota : Untuk kes 2 juga Rambo masih belum rugi, masih ada
RM1,000.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.
Bagaimanapun, jika client tersebut masuk wad dengan kos
kurang dari RM3,000 jumlah minimum yang perlu dibayar adalah RM300.
Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi saya ada
cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih
boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat
untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi kewangan anda dari kos-kos
hospital yang semakin meningkat.
Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital biar PruBSN
yang tanggung kosnya!!!
Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan,
Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement
( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke
wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim.
Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda.
Deduktibel
Ini ialah manfaat tambahan yang terbaru yang disediakan
bersama medical card Takaful Health 2. Pelanggan mempunyai pilihan sama ada nak
pilih Ko-Takaful atau Deduktibel.
Deduktibel mempunyai dua nilai pilihan.
1. RM3,000
2. RM10,000
Konsep deduktibel ni sama macam ko-takaful juga. Contohnya,
kalau client masuk wad dengan kos RM5,000 jadi kos RM3,000 tu client perlu
bayar. Maknanya Prudential akan bayar untuk kos RM2,000 sahaja. Kalau kos
hospital sehingga RM10,000, RM20,000 atau sebagainya client perlu membayar
untuk kos RM3,000 yang pertama tu yang selebihnya Prudential yang akan
bayar.
Jadi, client ada DUA pilihan sama ada nak pilih RM3,000 atau
RM10,000 kalau client pilih RM10,000 maknanya untuk kos RM10,000 yang pertama
tu client perlu bayar. Contohnya, kalau kos hospital RM20,000 client perlu
bayar untuk nilai RM10,000 yang pertama tu.
Itu antara perbezaan antara Ko-Takaful dan Deduktibel.
Perbezaan yang PALING ketara adalah dari segi caruman. Sekiranya client memilih
manfaat Deduktibel dari plan Medical Cardnya, harganya sangat MURAH dan kalau client pilih RM10,000 untuk plan
Deduktibel harganya lagi lah MURAH
Kenapa Prudential ada plan yang macam ni? Ini untuk memberi
lebih pilihan kepada client. Client yang macam mana pulak?
Plan Deduktibel memberi tumpuan pada client yang dah ada
coverage dari company tempat kerjanya. Sebagai contoh, katakan seorang client
tu kerja dengan satu company, company dia dah bagi coverage untuk kos-kos
hospital sebanyak RM7,000 jadi sesuailah dia apply plan ni.
Ini maknanya kalau dia apply plan Deduktibel RM3,000 dia
masuk wad dengan kos RM10,000 so jumlah tu dia boleh guna coverage yang company
provide untuk bayar kos RM3,000 tu.
Kalau nak kurangkan lagi kos tu apply manfaat Hospital Benefit
boleh pilih sehingga RM400 sehari anda akan dapat duit poket tambahan lagi.
Jadi bagaimana pula bila client tu dah retired masa umur 55
tahun nanti?
Jangan risau, anda boleh attached bersama TH Retirement yang
ada dalam plan Takaful Health2. Bila anda apply TH Retirement ni semasa client
tu retired masa umur 55 tahun otomatik plan dia akan bertukar kepada Ko-Takaful.
Maknanya, kos yang kena bayar nanti akan jadi minimum RM300
atau 10% atau maksimum RM1,000 sama seperti penerangan ko-takaful di atas.
Zero Deduktibel
Zero Deduktibel
PruBSN Takaful telah melancarkan
plan medical card Deductible terbaru iaitu Zero Deductible.
Maksudnya, PruBSN Takaful akan membayar kesemua bil rawatan
anda dan tiada ko-takaful. Tetapi hanya Plan TH2 (Takaful Health2) dan keatas sahaja ditanggung sepenuhnya 100% oleh PruBSN. Setakat ni hanya untuk plan dewasa sahaja. Untuk anak2 belum ada lagi.
No comments:
Post a Comment