Banner

Banner

Monday, 12 May 2014

MRTA vs MLTA

Bila kita berjaya beli rumah tak kisahla samada yang pertama, kedua atau seterusnya secara belian melalui pemaju, sub-sale atau lelongan dengan tujuan duduk sendiri atau untuk disewakan, kita diwajibkan untuk membeli insuran dikenali sebagai Mortgage Life Insurance bertujuan memberi perlindungan ke atas aset yang dimiliki dengan kemudahan kepada peminjam untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman jika berlakunya kematian atau kecederaan dan hilang upaya kekal (Total and Permenant Disibility – TPD) terhadap peminjam sebelum tamat tempoh pinjaman. Ini bagi memastikan keluarga yang ditinggalkan tidak dibebankan dengan pinjaman perumahan yang belum selesai.

Bila bercerita berkenaan insuran ni, dah tentu kita pernah dengar jenis Mortgage Life Insurance yang ditawarkan kepada kita untuk membuat pilihan sama ada nak ambil Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortagage Level Term Assurance (MLTA). Apa yang dimaksudkan dengan MRTA dan MLTA ni dan apa kelebihan serta kebaikan terhadap dua jenis insuran ni? Mana yang lebih cash value pada masa hadapan? Semuanya terletak pada pilihan individu masing-masing untuk menentukannya berdasarkan kewangan semasa yang dimiliki oleh kamu. Ada yang beranggapan bayaran insuran secara bulanan membebankan dan lebih mudah jika bayaran insuran itu dilakukan secara pukul habis kerana tidak perlu memikirkannya dimasa hadapan.

Jadual diatas menerangkan secara ringkas perbezaan di antara MRTA dan MLTA bagi memberi kefahaman yang mudah serta jelas kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment